~ Scream For Me Long Beach!! ~

Category:Music
Genre: Hard Rock & Metal
Artist:Kumpulan May
2 vcd pack. Harga 29RM. Beli kat Plaza Kotaraya JB.
Original May punye line up - Mus, Man, Abu, Yus
Setlist
1. Sendat & Ketat
2. Jiwa Karat
3. Pelayaran
4. Penghuni Kota
5. Graffiti
6. Dari Kacamata
7. Mai Pen Rai
8. Sinar
Unplugged segment 9-13
9. Gadis bertudung Putih
10. Sketsa Sebuah Cinta
11. Ku Dalam Dilema
12. Sendiri
13. Cintamu Mekar Di Hati ( Mus , Yantzen duet )
14. Wira Cyborg ( Mus , Yantzen duet )
15. Meniti Suratan ( Yantzen vokals )
16. Siapa Kau ( lagu baru )
17. Hakikat Perjuangan

Live VCD paling best. Sapa minat May pegi beli. Sapa pernah dengar lagu May pergi beli jugak. Sapa tak pernah dengar May pun, aku rasa kalau beli, tak menyesal.
Kualiti dia baik, memandangkan aku tak rasa ni high-budget punye production, Kamera angles, mungkin dalam 5 atau 6. Smua posisi best dan dekat ngan band.
Bunyi pun clear.
Ni rakaman dari persembahan May di Planet Hollywood KL bulan September 2005. Dua kali May perform kat sana, dan ni malam kedua. Ramai orang jugak, semua nampak sah peminat May, pasal dorang tahu sing a long lagu2 May.

Highlights banyak... Terutama lagu2 lama, Pelayaran, Graffiti, Dari kacamata dan jugak tak lupa Mai Pen Rai dan Sinar.
Unplugged segment best la, tak sangka lagu Gadis Bertudung Putih main unplugged makin laju dan lagi best.
Artis jemputan - Yantzen Rusty Blade. Yantzen ni pun pernah jadi vokalis May jugak... tapi heran la pada aku.. M - A - Y . Mus, Man, Abu, Yus dan dua vokalis yang ambil tempat Mus masa dia keluar dari May selama berapa tahun tu nama pun Yantzen dan Munir tak silap lagi satu, jadi tak lari dari ejaan MAY.

Yang tak best, takde la, pasal bila aku beli vcd ni, aku ingat mesti tak best dan low quality. Cuma ada berapa lagu aku harap dorang perform, nak tengok lagu2 ni secara live.. - Bayangan Hidup, Racun Bermadu, Black Area, dan ada satu lagu yang lagu terakhir kat album Keras, ni yang masa Munir ke sapa tu jadi vokalis May.
Anyway aku rasa lepas ni aku nak tangkap live cd dari ni show jugak. Its really that good. beli ah korang....aku tak bedek, ni best giler.



Add a Comment
How would you rate this title? (optional)
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help